About Us

Ditubuhkan pada tahun 2021, Aiz Cyclists Shop bermula sebagai perniagaan dalam talian yang menawarkan pelbagai jenis basikal berkualiti tinggi serta aksesori lengkap kepada peminat berbasikal. Dengan sokongan pelanggan yang semakin meningkat, kami telah berkembang dan kini beroperasi di Bandar Rimbayu, Selangor Darul Ehsan.

Kami komited menyediakan basikal untuk memenuhi keperluan setiap pelanggan tanpa mengira usia, tahap pengalaman, sama ada untuk rekreasi, kecergasan atau aktiviti harian. Selain itu, kami juga menawarkan aksesori dan perkhidmatan yang berkaitan bagi memastikan pelanggan mendapat pengalaman berbasikal yang lebih selesa, selamat dan menyeronokkan.

Di Aiz Cyclists Shop, kami percaya bahawa setiap kayuhan membawa manfaat kepada kesihatan dan gaya hidup lebih aktif. Oleh itu, kami sentiasa berusaha untuk menawarkan produk berkualiti dengan harga yang berpatutan serta memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

Sama ada anda seorang pemula atau yang sudah berpengalaman, Aiz Cyclists Shop sedia membantu anda mendapatkan basikal dan kelengkapan terbaik untuk memenuhi keperluan anda. Kami juga memberi khidmat nasihat kepada pelanggan kami.